Assalam, bloggers...
Kehamilan baru nak 5 bulan, tapi dah worry pasal KAT MANA NAK BERSALIN.
Harap2 bole paham, this is my first experience.
Pastu jauh dari family (esp. my mom) dan juga Mr Red Ribbon's mom.
Kekadang petua2 dan nasihat2 orang tua sangat dirindukan.
Tapi apa nak dikata, kami berdua memang merantau kat KL.
Tak ramai kawan2 sebaya yang dah deliver baby.
Nak tanya ke mana pon xtahu.
Browsing kat internet seems and endless effort...
We still can't decide anything...
So, I'm going to list down hospitals yang mungkin akan jadi tempat bersalin our first baby nanti, harap2 kawan2 bloggers yang singgah kat entry ini bole bagi komen sikit.
FYI, rumah kami kat area Puchong.
Dah dekat dengan plaza tol Puchong yang nak ke Sri Kembangan/Cyberjaya-Putrajaya.
Nak ambil berat juga pasal distance dari rumah ke hospital.
1. COLUMBIA ASIA HOSPITAL,
Bandar Puteri Puchong
Columbia Asia Hospital, Puchong
Bilik wad, nampak selesa je
NORMAL DELIVERY : RM2,800 - 3,500
tanpa menghadapi kesulitan semasa bersalin.
harga diatas termasuk Yuran Doktor, Ubatan, Nursery, Suntikan pertama untuk bayi, Bilik Single atau double dan makanan untuk pesakit.
CSER : RM6,000 - 8,500
tanpa menghadapi kesulitan semasa bersalin.
harga diatas termasuk Yuran Doktor, Ubatan, Nursery, Suntikan pertama untuk bayi, Bilik Single atau double, Anaesthetist dan makanan untuk pesakit..
Positive side:
Sekarang dah buat monthly check up kat sini. Doctor perempuan, macam OK je, cuma dia selalu busy everytime check-up xberapa banyak bagi penjelasan pasal ini itu. Hospital nie dekat dari rumah. Rate dia normal je untuk bersalin normal, kat klinik2 bersalin yang alat2 dia belum canggih macam kat Columbia Asia Hospital nie pon rate macam tue juga.
Bole book tempat untuk bersalin, rasanya selesa dan tenang hati je.
Insyaallah kat private since kita memang bayar lebih, diorang akan layan.
Hopefully...
Negative side:
Banyak dengar cerita yang provate hospital nie akan try push kita untuk buat cser. Betul ke? Dah pening dah banyak dengar cite kat online yang private hospital sering buat camnih. Tapi hari nie baru je browsing jumpe 2 bloggers yang melahirkan normal kat hospital nie, doctor yang sama, Dr Raja.
Sebab kalau suddenly kena cser, kne siapkan at least RM8,000 kan? Dah pernah chat plak dengan orang yang buat cser kat situ memang habis banyak wooo... Duit RM8,000 bole simpan buat banyak bende. Nie pon kne fikir lagi camne nak kumpul duit banyak2 camnih, plus barang2 baby bole cecah RM15k kan? Baru je nak 'bernafas' selepas kahwin dan settle down. Tapi Allah dah bagi amanah baby nie, kne cari juga kan duit tue...
2. PUTRAJAYA HOSPITAL, Putrajaya
Hospital Putrajaya
Biliknye... Normal, cam ok je...
As you may know, this is government nyer hospital.
Speaking of budget persalinan, this is a great choice.
Takde la jauh dari rumah 10-15 minutes je.
NORMAL DELIVERY: RM 330
CSER : around RM500
Option lain:
Under FPP
NORMAL DELIVERY: RM 2000-3000.
CSER : RM 3000 - 5000
CSER : RM 3000 - 5000
Positive side:
Normal delivery untuk caj perkhidmatan normal sangat affordable. Let say kan (harap2 tak la) kne cser takde la mahal sangat, around RM500, kalau lebih2 pon max RM1000. Bole la pakai duit lebih untuk bende2 lain. Ada baby pakai duit banyak juga...
Negative side:
Dah check kat HPJ nie, nurse dia cakap xbole reserved, kne walk-in masa nak bersalin. Dan selepas dengar cite dari banyak orang, since nie hospital gomen dan ramai orang nak bersalin kat sana, xpasti lagi hari nak bersalin tue ada bilik kosong. Mungkin diorang akan transfer gi Hospital Serdang atau HKL (can you imagine kalau dah nak beranak kne pegi lagi cari hospital lain? xberanak dalam kete ke tu?).
So, I'm a bit worry now...
As for FPP programme, tue bole reserve tempat since 7 bulan pregnancy.
Tapi masalahnya, harga dia sama je ngan hospital private. Kalau hospital private kan patient xde la ramai sangat dan (hopefully) doctor bole la focus sikit masa layan kita.
So far, dua hospital nie la yang masuk dalam pilihan.
Dulu sempat check mula2 kat AnNur Bangi tapi decided pindah ke Columbia Asia since Annur nie jauh juga dari Puchong, cian hubby kne 'lari' dari ofis lama2 kalau nak check up.
Lagi pon rate untuk monthly check up pon lebih kurang je ngan kat Columbia Asia.
Saya bukan nak bermanja2 masa bersalin, tapi baca2 cite kat online nie seram juga.
Yang paling penting is that nurse dan doctor bole betul2 take care n layan saya, pernah terbaca ada doctor biarkan orang yang dah nak bersalin sampai baby tue xbole diselamatkan :(
Sedih hati dengar cite macam tue.
Kalau pasal jaga baby masa baru lahir, insyaallah my mom akan ada, dan MIL pun akan turun ke KL, jadi ada la orang bole tolong tunjuk ajar sikit2.
Kawan2 bloggers ada cadangan untuk saya tak?
Atau ada hospital lain yang rasanya lagi ok?
Almaklum, saya dan hubby budak baru belajar...
Perlukan cadangan, experience ke, atau idea untuk persalinan pertama saya.
Terima kasih sebelumnya...
10 comments:
pada pendapat Makbed le kan, bersalin le kat private. kalau sekarang ni RRb takde pape complications masa pregnant, and baby pun sihat je dalam tu, pegi la private. Selalunya, yang kena paksa czer tu kalau keadaan ibu dah tak tahann sgt sakit, atau keadaan baby yang tak stabil. Just berdoa je semuanya selamat.
Kalau bab harga tu, sepadan le dengan servisnya. Bukan apa, takutkan awak kena czer, dok plak spital kerajaan, awak lagi tension nanti. Dah le lepas czer tu sakit sangat.
Makbed suggest private sebab, masa nak menunggu laluan 'terbukak' sampai 10 cm tu adalah masa yang memerlukan awak rehat. Jadi, kalau gomen ni, memang agak hectic. KAlau awak jenis kental dan tabah, takpe.
Makbed dah 2 kali bersalin. Sekali bersalin biasa, sekali lagi czer. Dedua spital kerajaan. Yang kali kedua tu la yang buat akak rasa, KALAU NAK BERANAK LAGI PASNI, NAK BERANAK KAT PRIVATE je. Gomen amik masa lama sangat nak decide untuk czer. Tu pun buleh mendatangkan bahaya tau.
Papeun, siapkan duit.. standby.
BIG HUGS UNTUK MAKBED....
thanks so much, good point... harap2 mmg kandungan normal je, xde komplikasi apa2. Rasanya kne sabar untuk terus check up every month and see how it goes. Harap2 dimurahkan rezeki, yang penting nak rezeki kesihatan. Harap2 sume ok. Doakan yer...
i prefer private since my mom pon sembilan org anak dia lahir kat private...hehe
stay bandar bukit puchong ke?
kita area2 yg sama, dl2 pun xtau nk deliver mana...tp end up FPP putrajaya...dah 2kali bersalin situ. overall servis ok (pd kitalah) tp thumb up kat executive ward
tapi mmg dh ramai sign up fpp ni, masa awal taun 2010..check up cepat je dpt turn, sbb rasanya masa tu xramai lg amik fpp.
but 2011 dh ramai org, klu ramai patient mmg kena tggu...tapi still ok sbb boleh duduk..
yg pasti mmg dr pakar yg handle time bersalin. klu dr kita pilih xde, dr pakar lain akan handle (hehe kita takut ngan dr muda2 ni)
FPP Putrajaya eh? ada plan gak amek fpp tue... insyaallah dalam minggu2 nie nak pegi sana tanya details camne... :)
giler panjang makbed tulih!!
Nini dulu bersalinkan CikMat kat gomen..ceaser sbb CikMat tak cukup bulan..somemore pintu takmo bukak lansung..advantagenye masa tu mak Nini incharge bahagian lobour room..so mmg sgt banyak benefit sbb ada org dalam..now,..mak dah retired..might be..utk askar2 yg akan datang..akan bersalin private sajor..sbb?..sbb sepital suami cover :)
waaa nini, mmg best tue kalau company cover... kl xcover macam me nie nak fikir 2-3 kali... insyaallah dapatkan tempat yang terbaik, masih usha2 sampai skrg :)
klu ada nk tnya fpp putrajaya, can drop me an email
hehe xpun blh je baca my blog..search fpp..adala sikit sebanyak info
@ryy.han:
thanks soo much, dah pegi Putrajaya Hospital, tanya2 apsal FPP tu, so far, ok, will surely consider about it. Dekat, private services tapi harga quite affordable...
Thanks so much, apa2 nanti bole tanya2 ye :)
jauh sket, tp barakah...
1. http://www.pusrawi.com.my/
2. http://www.dbmhospital.com.my/home/default.asp (cwgn batu caves)
mudah-mudahan dipermudahkn Amin.. :)
Post a Comment