Wednesday, December 1, 2010

Saman Trafik Diskaun 50 Peratus!

TAK TIPU!
BACA SINI:

Ketetapan diskaun pesalah trafik

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan kadar kompaun yang munasabah serta diskaun sehingga 50 peratus kepada pesalah trafik berdasarkan beberapa ketetapan.
PDRM dalam satu kenyataannya di sini semalam, memberitahu beberapa ketetapan baru melayakkan pesalah trafik menerima diskaun serta kadar kompaun lebih sesuai mengikut jenis kesalahan serta tempoh masa pembayaran saman.

Antara ketetapannya, semua saman dikeluarkan pada atau sebelum 30 November 2010, kadar munasabah akan diberikan secara automatik melalui semua kaedah pembayaran sama ada melalui kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.
Manakala, bagi saman dikeluarkan selepas 30 November 2010 pula insentif atau diskaun akan diberikan secara automatik melalui semua kaedah pembayaran.

Menurut kenyataan itu, semua saman baru diselesaikan dalam tempoh 15 hari dari tarikh dikeluarkan akan diberi insentif sebanyak 50 peratus dari kadar kompaun sebenar dan saman diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari pula diberi insentif sebanyak 30 peratus.

“ Pesalah trafik yang tidak membayar saman mereka dalam tempoh 30 hari pula tidak layak menerima sebarang insentif dan lebih teruk mereka juga akan disenarai hitam.
“Sebarang kemusykilan mengenai kadar kompaun dan diskaun ini, boleh berhubung dengan pegawai trafik daerah, kontinjen atau Bukit Aman seperti tersenarai di ruangan maklumat trafik laman web rasmi PDRM,” katanya.

 Taken from: Harian Metro

Waaa diskaun 50 peratus???
Jom settle kan saman sekarang!

*Ms Red Ribbon ada banyak saman parking lum settle nih... huhu...*


2 comments:

saya takde saman cik rrb..saya pemandu berhemah tapi suka drift..hehehe..tapi drift ngan kete kelisa je..same je kerata kita..hehe..kaler pon same..

ye ke suka drift... waaaa serrraaammm... lain la kelisa kita lain, my kelisa dah buruk cam nak hancur, cuci pon 3 bulan satu kali hihi cian die kan...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers