Wednesday, October 30, 2013

Raya Haji 2013 at Jakarta


Assalamualaikum, bloggers...
Raya tahun nie dah lepas, saya celebrate Raya kat kampong hubby.
So untuk Raya Haji, turn kampong saya la plak.
Special sangat Raya Haji tahun nie, first time beraya haji ngan hubby kat Jakarta.
Pastue mak mertua pon ikot gi Jakarta jgk.
And the most important thing, first Raya haji yang kami berkurban...

Mom+dad selalu berkurban untuk anak2nya, years by years.
Tahun nie ada bincang dengan mom yang semua anak2 dah berkeluarga, dan dah sampai masanya untuk kami la sendiri berqurban...
Alhamdulillah,Allah, atas rezekinya...
Alhamdulillah kami dapat juga berkurban tahun ini...


Qurban ini telah diamalkan nabi Ibrahim as dengan anak lelakinya nabi Ismail as.
Memang pengorbanan yang sangat luar biasa.
Takkan sanggup manusia biasa seperti saya untuk berkurban anak sendiri :(
Ya Allah, apa la ertinya berkurban rezeki harta ni dibandingkan pengorbanan besar nabi Ibrahim as?
Lagipun, SEBAHAGIAN HAK KAUM XMAMPU ADA DALAM SEBAHAGIAN REZEKI DARIPADA ALLAH YANG DIBERIKAN PADA KITA.

Selepas shalat Aidil Adha, kami balik rumah, grab some food jap then bising2 dah sume orang kat rumah ckp "Sapi dah nyampe... sapi dah nyampe..." (Lembu dah sampai-in Malay)
Berlari la sume orang ke depan rumah tengok process qurban dah nak bermula...


Hubby dan baby Rafi...
Rafi takut ckit masa tengok lembu tu diqurbankan...
Panas sangat kat luar, peluh2 dia...


Tukar baju, eeeehhh tgk2 Lil Riri dan Lil Aad pon pakai baju yg sama hehe... Satu hati...
Lepak kat depan rumah tunggu qurban process tu siap...


Dah semua setel, dan daging dah potong2 masuk dalam plastic bags, bermula la masanya mengagih2kan daging pada orang2 yang kurang mampu.
Penerima daging qurban kne bagi coupon yang dah dibagi2kan sehari sebelum by us thru guard kat area situ yang dah kenal dan tahu siapa2 je orang2 yang layak menerima daging qurban.


Yang bujang2 nie aktif menolong membagi2kan daging qurban.


Coupon2 tue dikumpulkan semula.
Lil Riri yang tolong kumpul dan kemas coupon tu, supervised by his atuk :)
Dah besar plak budak nie ye... Dah pandai tolong2...
Coupon nie akan dipakai lagi tahun depan, so kne simpan elok2.


Moga Allah senantiasa limpahkan rezeki untuk kami berbagi rezeki dengan kaum dhuafa di tahun2 depan. Ikhlaskan lah hati kami untuk selalu memberi.
Aaamiin...



0 comments: