Monday, June 4, 2012

Akikah Baby Rafi

Assalamualaikum, 

Sambung lagi nak cerita pasal my baby Rafi.
Hari tue selepas bersalin hari Sabtu, hari Selasa baru discharge dari hospital.
Kalau nak ikutkan satu minggu, nak buat akikah on Saturday, tapi macam serabut lagi.
Kat rumah pown tak kemas lagi.
Tak sempat lagi nak cari kambing...

Tapi alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah...
Hari Sabtu, 1 minggu selepas baby lahir, pagi tue me, hubby, baby, mom, and mom-in-law pergi ke Ulu Klang...
Hari tue ada Bersih kat KL, so terpaksa la cari jalan lain nak ke sana.
Ikut Kajang, Cheras, baru ke Ulu Klang...
And it was a long journey, masuk tol... more than 5 times kot...
Ye la sebab nak elakkan area KL.

Kat Jakarta kalau akikah+qurban nie selalunya kambing/lembu dihantar ke rumah dan disembelih di depan rumah, di halaman rumah sahaja.
Tapi kat KL nie baru tahu yang kita kne pergi ke site sembelih.


Alhamdulillah, tempat tue bersih sangat.
Dan abang baju biru, owner tempat tue sangat la peramah...

Sebelum saya bermula cerita pasal akikah nie, jom tengok APA ITU AQIQAH?

Pengertian Aqiqah:
Erti aqiqah dari segi bahasa Arab ialah rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawa bersama kelahirannya.
Manakala pengertian atau taa'rif dari segi istilah atau hukum syarak ialah " Penyembelihan haiwan yang tertentu untuk manfaat anak, disamping bercukur rambut dan memberi nama anak tersebut".
Hukum Aqiqah: Mengikut pendapat Imam Syafie ibadat aqiqah ini adalah Sunat Muakkad.
Setiap ibadat terutamanya ibadat khas seperti ini perlulah dirujuk kepada al.Quran atau al.Hadis sebagai dalil Naqlinya yang membuktikan bahawa Allah memerintahkan umat manusia mengerjakan ibadat tersebut dan bukan ciptaan manusia. Di bawah ini diperturunkan maksud dalil-dalil tersebut.

(1) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya."
(Riwayat Tirmizi)

(2) Sabda Rasulullah.s.a.w. yang bermaksud;
"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama."
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menthabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah swt sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail a.s.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.



Sempat berposing bersama 2 ekor kambing yang kami qurbankan untuk menggantikan kelahiran baby kami tersayang, untuk mengikut firman Allah SWT.

Nabi Ibrahim sanggup mengurbankan anaknya demi mengikut perintah Allah, takkan kita sebagai umat Nabi xsanggup berkurban kambing? Mudah2an akikah ini akan membawa berkah dan membersihkan diri anak kami, Aamin.


Proses sembelih sangat cepat, dalam kurang daripada 30minit semua dah siap, dan kami minta tolong abang2 tue untuk potongkan daging tue jadi kecik2 sebab nak masukkan dalam beg plastik kecik2 untuk dibahagikan kepada orang2 yang memerlukan.
Alhamdulillah, dapat lebih dari 50 beg plastik daripada 2 kambing tue.

Selepas tue saya letak kertas kecik bertuliskan nama orang tua dan baby, juga do'a untuk baby Rafi, hopefully sesiapa yang mendapatkan daging akikah ini bole la sedekahkan do'a untuk baby Rafi :)


Balik dari tempat sembelih kambing tue, kami singgah di satu Pesantren di area Bangi, Rumah Anak Yatim Darul Izzah... 
Satu ekor kambingkami sedekahkan ke sana sebab sekarang nie kami memang xramai jiran yang kenal2...
Lagipon jiran pun multicultural juga, ramai Chinese dan Indian, so we better give more kat rumah anak yatim nie daripada kami xtahu nak bagikan daging akikah tue kat sape...

Selebihnya, kami bagikan kat jiran2 dan abang2 yang berniaga makanan dekat dengan rumah.
Masa pregnant selalu beli makan dari diorang :)

Balik2 rumah dah nak gelap, so we decided untuk cukur rambut baby the next day.


Pagi2 dah semangat nak cukur rambut baby.
As usual, mom la orang yang berkesempatan mencukur rambut Rafi tue.
Hampir semua family kalau ada baby baru lahir mesti panggil mom untuk cukurkan rambut.
Pandai la mom...
Even my dad pon xberani bab bab cukur rambut baby nie :)
Seram tengok, sbb kulit baby lembut lagi kan?


Tengah hari bermula la sedara mara kat KL nie datang.
Tolong2 masak dan tolong2 juga habiskan makanan hehe...


Sukeee sangat ramai orang datang rumah, biar pun sepah lagi rumah nie... Tapi happy!
Happy sebab ramai orang datang tengok baby, nak berkenalan ngan baby :)


Jom sedekahkan baby Rafi do'a :)



twitstamp.com

3 comments:

semoga baby u menjadi anak yg soleh.. didik la dia sebaik yang mungkin..

@waalllaa!

thanks lalink, insyaallah... mudah2an kami bole menjadi orang tua yang baik dalam mendidik anak :)
aamin...

Smoga menjadi anak soleh. silakan kunjungi balik

http://bungaaqiqah.com

Memberikan solusi bagi anda, dalam menjalankan ibadah Aqiqah Anda cukup menelpon, Kami yang mengerjakan.

Rasulullah bersabda :
"Setiap anak digadaikan dengan Aqiqahnya, disembelihkan (binatang) pada hari ke Tujuh dari kelahirannya, dicukur kepalanya dan diberi nama." (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i, dan Ibnu Majah

Kelebihan Layanan yang kami berikan :
- Pesanan Via Telepon
- Antar Gratis JABODETABEK
- Diproses secara Syar'i dan Profesional
- Harga lebih hemat dan variatif
- Bonus Buku Risalah Aqiqah 50 exp
- Siap menyalurkan ke Panti / Yayasan
- Pesanan diluar JABODETABEK via transfer
- Pembayaran setelah barang sampai di tempat
- Menu masakan sesuai permintaan
- Menerima pesanan Nasi Box
- Dapatkan Souvenir Menarik (selama persediaan masih ada)

Bapak Ayyash 02183816686 / 02143931019